Privacy Policy

Your Privacy Rights

Tarikh Berkuatkuasa: 1 Mei 2018

Dasar Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang dikumpulkan oleh CultureIQ Inc. (“CultureIQ”, atau “kami”) semasa memberikan perkhidmatan tertentu kepada para pelanggan dan pelawatnya (“Perkhidmatan”), cara kami menggunakannya, dengan siapa maklumat tersebut boleh dikongsi, apa pilihan yang tersedia untuk anda berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan dan pengedaran maklumat dan usaha kami untuk melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami semasa kami memberikan Perkhidmatan tersebut.

Dengan menyertai tinjauan yang berkaitan dengan Perkhidmatan, menggunakan alat pentadbiran kami, atau melawat laman web kami, anda dengan ini bersetuju untuk membenarkan kami memproses maklumat mengikut Dasar ini. Pengguna berdaftar juga boleh merujuk kepada Terma Penggunaan kami, yang dimasukkan sepenuhnya di dalam dasar ini. Anda mungkin ditunjukkan notis kerahsiaan sebelum menyertai tinjauan. Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan jika terma mana-mana notis kerahsiaan khusus tinjauan tersebut bercanggah dengan mana-mana terma dalam Dasar ini, terma khusus tinjauan tersebut akan diutamakan daripada terma dalam Dasar ini.

Siapa Kami

Perkhidmatan ini dimiliki dan dikendalikan oleh CultureIQ, yang tempat perniagaan utamanya beralamat di 115 West 30th Street, 6th Floor, New York, NY 10001, USA. Maklumat lanjut mengenai CultureIQ boleh didapati di www.cultureiq.com.

Maklumat yang Dikumpulkan

Maklumat yang Kami Kumpul Daripada Anda atau Majikan Anda:

Jika anda seorang pekerja untuk pelanggan CultureIQ, majikan anda boleh memberikan maklumat mengenai anda termasuk nama, alamat e-mel perniagaan, organisasi, dan boleh termasuk maklumat lain yang berkaitan dengan kerja seperti jawatan, pangkat dan maklumat demografi lain. Kami mengumpul pendapat dan input anda mengenai tinjauan yang anda sertai. Anda juga mungkin diminta memberikan jenis maklumat yang tertentu (cth. alamat e-mel, nombor telefon, nama, alamat) untuk mendaftar di laman kami, menghantar soalan, menyertai tinjauan atau berinteraksi dengan laman web kami.

Maklumat daripada sumber lain:

Apabila anda melawat laman web korporat kami, kami boleh mendapatkan maklumat mengenai anda daripada sumber lain dari semasa ke semasa. Pengumpulan maklumat sedemikian akan dilaksanakan mengikut undang-undang privasi yang berkenaan. Contoh-contoh maklumat yang kami terima termasuklah maklumat perhubungan yang dikemas kini dan maklumat demografi tambahan yang digunakan untuk tujuan pemasaran.

Maklumat yang dikumpulkan secara automatik:

Apabila anda melawat laman web kami, kami secara automatik mengumpul dan menganalisis maklumat tertentu berkenaan penggunaan laman oleh anda dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman tersebut. Maklumat ini termasuk alamat IP anda, maklumat mengenai jenis pelayar dan bahasa anda, sistem pengendalian komputer anda, tarikh dan masa anda mengakses laman kami, aplikasi atau artikel yang dimuat turun, istilah carian yang dimasukkan, kandungan mana-mana kuki yang tidak dipadamkan yang pelayar anda terima daripada kami sebelum ini, dan alamat laman web yang merujuk.

Penggunaan kuki dan teknologi lain:

Kuki: Apabila anda melawat Laman kami, anda mungkin digesa untuk membenarkan kami menetapkan satu atau lebih “kuki” pada komputer anda. Kuki adalah satu fail teks kecil mengandungi maklumat yang kami boleh baca kemudian untuk memudahkan akses anda ke Laman kami dan memperibadikan pengalaman anda di dalam talian. Kami boleh menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda di Laman kami, seperti halaman yang anda lawati dan pautan yang anda klik. Jika anda memilih untuk menolak kuki, anda mungkin tidak dapat mendaftar masuk atau menggunakan sesetengah ciri interaktif yang ditawarkan di Laman.

Teknologi Lain: Kami juga menggunakan teknologi Internet standard, seperti pautan terbenam di halaman web dan teknologi lain yang serupa untuk menjejaki penggunaan di seluruh aplikasi. Kami juga memasukkan bikon web di dalam mesej e-mel atau surat berita kepada pengguna berdaftar untuk mengesan sama ada anda membuka mesej tersebut. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyesuaikan perkhidmatan kami dan mengukur secara keseluruhan keberkesanan kandungan dalam talian kami, kempen pengiklanan dan produk serta perkhidmatan yang kami tawarkan.

Cara Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul

  • Untuk menyediakan Perkhidmatan.
  • Untuk menyesuaikan kandungan yang anda lihat atau menyesuaikan pengalaman tersebut.
  • Untuk membangunkan dan meningkatkan Perkhidmatan kami.
  • Untuk menjawab pertanyaan dan permintaan anda.
  • Untuk menyampaikan kepada anda maklumat mengenai tinjauan, pemasaran, promosi dan produk lain kami yang anda mungkin berminat.
  • Untuk terlibat dalam penyelidikan dan analisis untuk mengekalkan, melindungi dan meningkatkan Perkhidmatan kami.
  • Untuk menguatkuasakan terma undang-undang yang mengawal penggunaan Perkhidmatan oleh anda.
  • Untuk memastikan Perkhidmatan berfungsi dari segi teknikal.

Pilihan Mengenai Penggunaan Maklumat Anda

Kami percaya bahawa adalah penting untuk memberi anda pilihan mengenai penggunaan maklumat anda. Kami akan menggunakan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Dasar ini atau notis privasi dan perlindungan data tinjauan yang khusus. Jika kami mahu menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak diterangkan dalam Dasar ini, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu untuk berbuat demikian.

Komunikasi Pemasaran: Kami akan menghargai hasrat anda untuk tidak menerima, atau berhenti menerima, komunikasi pemasaran. Jika anda memberikan alamat e-mel anda kepada kami untuk menerima komunikasi sedemikian, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa dengan menggunakan pautan berhenti melanggan atau arahan di bahagian bawah e-mel kami. Sila ambil perhatian bahawa kami akan terus menghantar komunikasi berkaitan perkhidmatan kepada anda tanpa mengambil kira apa-apa permintaan yang sedemikian. Kami tidak akan berkongsi atau menjual maklumat dan butiran peribadi anda dengan pihak ketiga (untuk mengelakkan keraguan, selain daripada subsidiari dan/atau syarikat gabungan) untuk tujuan promosi dan pemasaran mereka sendiri melainkan anda membenarkan kami berbuat demikian dan jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Tinjauan: Untuk tinjauan yang majikan, klien atau sekutu perniagaan (penaja) anda telah meminta anda mengambil bahagian, anda boleh memilih untuk tidak menjawab atau memilih pilihan tolak atau tarik diri jika pilihan ini disediakan. Kami hanya memproses maklumat yang anda berikan seperti yang diarahkan oleh penaja anda. Pertanyaan mengenai maklumat yang diberikan oleh penaja hendaklah ditujukan kepada penaja atau maklumat perhubungan yang diberikan dalam arahan kaji selidik.

Pendedahan Maklumat

Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan syarikat pihak ketiga atau individu tertentu dalam keadaan berikut:

  • Apabila kami menggunakan penyedia perkhidmatan dan ejen pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi bagi pihak kami. Apabila kami berbuat demikian, kami menerusi kontrak mewajibkan penyedia perkhidmatan ini melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan privasi yang secukupnya bagi memastikan maklumat peribadi anda akan dilindungi dengan sewajarnya dan hanya digunakan untuk tujuan melaksanakan perkhidmatan tersebut bagi kami.
  • Sebagai tindak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain (termasuk bagi tujuan keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang); untuk menetapkan atau melaksanakan hak undang-undang kami; untuk membela diri terhadap tuntutan undang-undang; atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Dalam kes sedemikian, kami berhak untuk mengemukakan atau mengetepikan sebarang bantahan undang-undang atau hak yang ada kepada kami.
  • Apabila kami percaya adalah wajar untuk menyiasat, menghalang, atau mengambil tindakan berhubung dengan aktiviti yang menyalahi atau yang disyaki menyalahi undang-undang; untuk melindungi dan mempertahankan hak yang sepatutnya, harta benda, atau keselamatan CultureIQ atau subsidiarinya, pelanggan kami, atau lain-lain; dan yang berkaitan dengan Terma Perkhidmatan kami dan perjanjian lain.
  • Berkaitan dengan transaksi korporat, seperti pelucutan, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, termasuk usaha wajar sebelum urus niaga, atau sekiranya ada kemungkinan berlaku kebangkrapan.

Kami juga boleh berkongsi maklumat teragregat atau tanpa nama dengan pihak ketiga, termasuk individu atau entiti yang menaja Perkhidmatan, untuk tujuan analisis, pemasaran, membuat keputusan, laporan, penilaian dan tujuan perniagaan yang lain. Kami juga boleh menerbitkan atau berkongsi laporan yang kami sediakan berdasarkan maklumat teragregat yang sedemikian. Maklumat teragregat atau tanpa nama tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi dan penggunaan serta pendedahannya tidak tertakluk kepada terma Dasar ini.

Pemindahan Maklumat Anda Di Peringkat Antarabangsa

Kami mengendalikan Perkhidmatan ini di Amerika Syarikat, dan bergantung pada negara tempat tinggal anda, penyerahan maklumat tersebut ke Perkhidmatan kami boleh melibatkan pemindahan maklumat sedemikian ke Amerika Syarikat.

Di samping itu, kami boleh memindahkan maklumat ke subsidiari atau syarikat gabungan kami dan penyedia perkhidmatan dan/atau ejen pihak ketiga di pelbagai negara, termasuk United Kingdom, India, Jerman (dan Negara Ahli Kesatuan Eropah (EU) yang lain) untuk operasi pemprosesan tertentu. Anda harus sedar bahawa undang-undang privasi di negara-negara ini mungkin tidak dapat memberikan perlindungan yang sama dengan negara tempat tinggal anda.

CultureIQ akan memastikan bahawa pemindahan Data Peribadi ke negara ketiga atau organisasi antarabangsa adalah tertakluk kepada perlindungan yang sesuai seperti yang dijelaskan dalam Artikel 46 GDPR dan pemindahan serta perlindungan tersebut didokumenkan mengikut Artikel 30(2) GDPR.

Semua pemindahan Data Peribadi dari Kawasan Ekonomi Eropah dan Switzerland ke negara yang tidak memastikan tahap perlindungan data yang mencukupi dalam pengertian undang-undang perlindungan data yang berkenaan akan dikawal oleh Klausa Kontrak Standard yang Diluluskan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (“EU”) bagi pemindahan data di luar Kawasan Ekonomi Eropah.

CultureIQ akan mematuhi dasar dan prosedur perlindungan data, undang-undang yang dapat dikenakan, dan terma kontrak klien kami yang mengawal pengumpulan dan penggunaan maklumat.

Akses kepada Maklumat Anda

Dalam sesetengah keadaan, anda boleh terus mengakses profil dan butiran peribadi anda yang lain di dalam talian, dan mengubah, mengemas kini atau menambah maklumat anda sendiri pada bila-bila masa dengan log masuk ke dalam akaun anda.

Anda boleh meminta akses kepada maklumat tertentu yang kami pegang mengenai anda, meminta kami membetulkan maklumat tertentu yang mungkin tidak tepat, dan/atau meminta kami menyekat atau memadam maklumat tersebut dan membantah pemprosesan data peribadi kecuali jika undang-undang menghendaki sebaliknya. Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan di mana majikan anda adalah Pengawal Data bagi maklumat tersebut, kami akan memaklumkan majikan anda supaya mereka boleh mengambil tindakan yang sesuai untuk mematuhi permintaan anda. Untuk meminta akses atau membetulkan maklumat anda, atau untuk mengemukakan pertanyaan mengenai maklumat anda yang ada pada kami, sila e-mel kepada kami di privacy@cultureiq.com atau hubungi:

Pegawai Perlindungan Data
CultureIQ
115 West 30th Street, 6th Floor
New York, NY 10001, USA

Sila masukkan “Request for Privacy Information” dalam baris subjek. Sila masukkan butiran secukupnya untuk kami mencari fail anda; sekurang-kurangnya nama dan e-mel anda. Kami mungkin menghendaki anda membuktikan identiti anda dengan pengenalan yang diluluskan.

Kami akan menyimpan maklumat anda selagi ia diperlukan untuk menyediakan sebarang Perkhidmatan. Kami akan menyimpan dan menggunakan maklumat anda mengikut keperluan untuk mematuhi kewajipan kami terhadap undang-undang, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.

Penduduk California

Bahagian Kod Sivil California 1798.83 membenarkan penduduk California meminta maklumat tertentu mengenai pendedahan maklumat peribadi (sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang ini) oleh kami kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka. Untuk membuat permintaan sedemikian, sila hantar e-mel kepada privacy@cultureiq.com.

Keselamatan Maklumat

Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk memberikan perlindungan terhadap akses tanpa kebenaran, penukaran, pendedahan atau pemusnahan maklumat tanpa kebenaran. Malangnya, tiada jaminan yang dapat diberikan bahawa penghantaran data melalui Internet adalah betul-betul selamat, dan kami tidak memberi jaminan terhadap keselamatan apa-apa maklumat yang anda hantar pada atau menerusi Laman kami.

Kami melakukan usaha yang munasabah untuk mengehadkan akses kepada maklumat hanya untuk pekerja, kontraktor dan ejen yang perlu mengetahui maklumat itu untuk mengendalikan, membangunkan atau meningkatkan produk dan perkhidmatan kami, dan selaras dengan tahap sensitiviti data sedemikian. Ejen pihak ketiga kami adalah tertakluk kepada kawalan kontrak yang dikenakan oleh kami untuk memastikan mereka melindungi dan menggunakan maklumat yang mereka akses atau terima daripada kami dengan sewajarnya.

Sila ambil perhatian bahawa keselamatan yang berkesan berkenaan dengan Laman kami, sebahagiannya adalah bergantung pada mendaftar dengan menggunakan serta memastikan bahawa mana-mana ID dan kata laluan yang dikeluarkan oleh kami kepada anda dirahsiakan dan selamat dan bahawa anda mematuhi sekatan terhadap kata laluan dan perkongsian ID yang dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan kami.

Laman Web Lain

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau perkhidmatan lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak lain. Apabila anda meninggalkan Perkhidmatan kami untuk melawat laman web atau perkhidmatan lain, sila baca pernyataan privasi mereka. Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada maklumat yang dikumpulkan oleh CultureIQ melalui Perkhidmatan.

Soalan, Aduan dan Penyelesaian Pertikaian

CultureIQ mengekalkan program pematuhan perlindungan dan privasi data yang aktif. Pegawai Perlindungan Data bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyelia pentadbiran Dasar ini. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai Dasar ini dan cara CultureIQ memproses maklumat anda, sila e-mel kepada kami di privacy@cultureiq.com atau hubungi kami di:

Pegawai Perlindungan Data
CultureIQ
115 West 30th Street, 6th Floor
New York, NY 10001, USA

Sebarang aduan mengenai pematuhan kami kepada amalan yang dijelaskan dalam Dasar ini haruslah dikemukakan terlebih dahulu kepada Pegawai Perlindungan Data CultureIQ di privacy@cultureiq.com.

Kanak-kanak dan Privasi

Laman kami mengandungi kandungan berkaitan perniagaan dan ditujukan serta direka khusus untuk kegunaan orang dewasa. Kami tidak dengan secara sengaja meminta atau mengumpul maklumat peribadi (sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak) daripada atau mengenai individu yang berumur bawah 13 tahun. Sekiranya kami menyedari bahawa pelawat berumur bawah 13 tahun dan telah mendaftar tanpa persetujuan ibu bapa yang dapat disahkan terlebih dahulu, kami akan mengeluarkan maklumat pendaftaran beliau yang boleh dikenal pasti dari fail kami. Sekiranya anda ialah ibu bapa atau penjaga bagi individu berumur bawah 13 tahun yang telah memberikan maklumat pengecam diri kepada kami tanpa persetujuan anda, sila maklumkan kami dengan menghubungi kami di privacy@cultureiq.com dan kami akan mengeluarkan maklumat tersebut dari pangkalan data kami.

Perubahan kepada Dasar Ini

Dasar ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya kami membuat perubahan kepada Dasar ini, kami akan menyiarkan sebarang perubahan Dasar di halaman ini. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan penting kepada Dasar ini, kami akan membuat notis yang lebih ketara. Penggunaan Laman kami secara berterusan oleh anda berikutan penyiaran atau notis sedemikian akan menandakan persetujuan anda dengan perubahan tersebut. Sila rujuk “Tarikh Berkuatkuasa” di atas untuk melihat bila Dasar ini kali terakhir dikemas kini.

 

Thank You!

A member of our team will follow up shortly.